Monday, November 26, 2012

No Moron: Im A Muslim

0 yang berbunyikk
Salam. For today I would like to share something which may give us 'enlightment' and proud to be a Muslim in this millenium era. Im going to share about a short story that my lecturer, Dr Rozina Abd Ghani gave to me in a form of paper from the last class. Hope it would be beneficial to each of us, In Shaa Allah. :)


A young woman teacher with obvious liberal tendencies explains to her class of small children that she is an atheist. She asks her class whether they are atheist too. Not really knowing what atheism is but wanting to be like their, their hands explode into the air like fleshy fireworks. There is, however, one exception. A beautiful girl named Zainab has not gone along with the crowd. The teacher asks her why she has decided to be diffferent. "Because I'm not an atheist. "Then, ask the teacher "What are you?" "I'm a Muslim". The teacher is a little pertubed now, her face slightly red. She asks Zainab why she is a Muslim. "Well, I was brought up knowing and loving God. My mom is a Muslim and my dad is a Muslim. So, I'm a Muslim".

The Teacher is now angry. "That's no reason", she says loudly, "what if your mom was a moron,"and your dad was a moron, what would you be then?" She pause, and smiled. "Then," says Zainab, " I'd be an atheist.

ps: super cool kid Zainab is, right? :)


pic taken from atok gugel.

Saturday, November 24, 2012

0 yang berbunyikk
  SLOT I

      


‘Asa asa urang teh nembean tepang,
Aya kereteg hate dugdeg surser sesah hilapna,
Gening bet sungkan papisah,
Duh ... sesah hilapna ...’

Kantenang urang teh nembean tepang,
Aya nu enteup gerentes kadeudeuh, sesah hilapna,
Nyanding asih dina sa ati,
Duh … sungkan patebih …’

Suara yang mengalunkan lagu itu terus terngiang-ngiang di telinganya. Merdu sungguh! Siapakah gerangan pemilik suara yang lunak bak penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang itu? Soalnya dalam hati. Armansyah membuka matanya perlahan-lahan dan masih lagi mengamati dendangan klasik bahasa asing yang bersisa diingatannya. Hati bergetar, lain rasanya kali ini. Tidak pernah dia bermimpikan alunan suara segemersik itu di dalam mana-mana ‘cerita’ tidurnya sebelum ini. Dan entah mengapa, Armansyah dapat merasakan bahawa lagu itu ditujukan untuknya, walhal dia tidak kenal si pendendang tersebut. Siapa engkau wahai gadis misteri?, fikirnya sendiri. Tiada bayangan tubuh mahupun wajah sang bidadari, yang ada hanyalah suara merdu itu terus bernyanyi kepadanya. Sudah buntu berfikir,  bebola matanya beralih pula ke arah ke kalendar yang tergantung di dinding.

Ah... 13 November. Tinggal 10 hari lagi aku nak sambut hari kelahiran Adine. Apa aku nak bagi dia for birthday kali ni? Semalam dah masuk kali ke berapa dah dia call aku tanya fasal hadiah. Haish, kadang-kadang rimas dibuatnya. Bukan sebab apa, si manja tu bukan nak faham aku sibuk dan aku pulak ada banyak kerja nak siapkan kat studio. Lagipun, masih awal dia nak exited fasal hadiah tu, seminggu lebih lagi. Tapi, bila fikir fikir balik, Adine memang macam tu. Lepas insiden yang meragut nyawa parents dia berlaku, aku juga yang pujuk dia, berada di sisi dia. Akulah orang yang bangunkan dia, beri dia semangat, sebab aku tak pernah lupa pesan Arel, abang kandung Adine dan juga sahabat karib aku dari kecil.

“Man, kau tahu kan adik aku yang the one and only tu lah tergila-gilakan kau sejak aku introduce kau dengan famili aku dulu. Bukan main gatal dia, tak macam perempuan ayu that she’s supposed to be. Terus nak ‘sambar’ kau time tu jugak, tak fikir dah fasal lelaki lain. Hahaha.. aku haraplah kalau tak jadi masalah sepanjang masa aku tak ada nanti, aku mintak jasa baik kau tolong tengok tengokkan si intan payung aku ni. Parents aku minta aku jadi tour guide dekat Belanda sana, honeymoon lagi lah katakan. Mentang-mentanglah aku pernah menumpang kejap di bumi asing tu 5 tahun, hah apa lagi, kenalah jadi pak guide tak bergaji, heheh..” selorohnya panjang.

“Aku faham Rel, mesti Adine tengah muncung giler sekarang kan, tak dapat nak ikot kalian pergi melancong sama-sama. Bukan setakat boleh sangkut hanger, gamaknya siap boleh letak dulang lagi, hahaha..” Berderai ketawa dua jejaka tampan itu mengejek si adik yang sedang merajuk dek kehilangan peluang untuk ikut bercuti.

“Dah nasib dia ada final exam lagi 3 hari ini. And unfortunately, my parents had booked the flight tickets and they didn’t plan to postpone this vacation ‘cause they don’t want to miss the offer package 3 days 2 nights at a 5 stars hotel. Kau tahulah perempuan, pantang nampak benda-benda macamni, nak nak pula mummy aku itu. Daddy pula ikot ajelah, nak puaskan hati dia,” ujar Arel lagi. “Pagi-pagi subuh esok kami akan bertolak dari sini then terus ke KLIA. So, Man, kau boleh tolong aku ya? Oh lagi satu, kalau kau rajin, ronda-rondalah rumah aku sekali, tengokkan ape yang perlu.., ” tambahnya. Aku cuma mengangguk dan melemparkan senyuman. Pada hari yang tenang dan damai di Kota Kemuning, Shah Alam itu, aku tidak pernah menyangka bahawa itulah perbualan kali terakhir antara kami di depan banglo mewah milik ibu bapa Arel, Datuk Dr. Harsanto dan Datin Candrarini. Masa terasa begitu cepat berlalu dan ya, Arel juga kini dalam kenangan, pergi menyambut seruan Ilahi pada 23 November 2009, juga pada hari lahir Adine.

Tak mampu aku bayangkan betapa hancur remuknya hati Adine ketika itu. Sebab itu aku tak boleh tolak segala kemahuannya, mengenangkan pesan keramat Arel yang terakhir.

Daddy! Mummy! Kenapa sampai hati tinggalkan adik sorang-sorang macamni..  Abang Arel pun ..,” teriak Adine dalam tangisan pilu sambil melihat tubuh kaku ibu ayah dan abang tercinta pergi meninggalkan dia dengan sekelip mata. “Mummy…bangun my..bangun jangan tinggal adik macamni my… adik tak ada sesiapa dalam dunia ni selain mummy and daddy.. Adik tak sempat nak minta maaf kat mummy atas semua salah silap adik selama ni.. dan adik tak ada peluang lagi dah nak bagitahu betapa adik sayang kalian semua…”, ujarnya lemah longlai tidak berdaya. Berjurai-jurai air jernih membasahi pipi gebu gadis genit itu tetapi sedikit pun tidak dipedulikannya. Dia terus cuba menggoncang-goncangkan tubuh mummynya dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Tidak berpuas hati lagi, dia pantas pula memekup wajah pucat Arel dan menangis teresak-esak sambil menyuruh aku melakukan perkara yang sama untuk membangunkan Arel dari ‘tidur’.

Aku sudah tidak tahan melihat Adine begitu, lantas aku menarik pergelangan tangannya dan cuba sedaya upayaku untuk menenangkan Adine. Setelah penat menangis, Adine terlena dipangkuanku sementara aku sedang menunggu kedatangan Aunty Rugayah, adik kepada Datuk Harsanto di hospital. Setelah seketika, muncul kereta Honda City berwarna hitam berhenti di hadapan bangku yang aku sedang duduki dan aku tahu makcik Adine sudah sampai. Kemudian, wanita berusia 50-an itu terus melulu ke arahku.

“Assalamualaikum, Armansyah kawannya Arel kan?” tanya wanita itu. “Ya Allah kesiannya anak sedara aku ini.. Adine.. Adine..bangun sayang. Aunty datang ni nak.. Arman, mari tolong aunty angkat Adine masuk dalam kereta. Biar aunty yang uruskan budak ni, kamu pun Aunty tengok dah penat. Kamu letih, pergilah balik berehat..” pintanya kepadaku. Aku cuma tersenyum hambar, malah terasa begitu pahit dalam jiwa. Sebagai seorang lelaki, aku akui kadang-kadang aku cuba tahan air mata ni daripada jatuh, tetapi hukum graviti tetap mendahului ego kejantanan yang ada. Sesampainya aku dirumah, segalanya terasa sunyi dan dingin sekali. Kemudian,di suatu sudut kamarku, aku terjelopok dan perlahan-lahan duduk melipat betis dan menyembamkan muka di lutut. Aku tewas diselubungi kesedihan dan air mata.

Tok! Tok! Tok! Sepantas kilat ketukan pintu bilik terus memberhentikan lamunan Armansyah dan membawanya kembali ke masa kini. Jauhnya aku mengenang masa lalu. Dah 3 tahun kau pergi Rel, emm.. semoga kau tenang disana, bisik hati kecil lelaki muda itu sambil memandang gambar mereka berdua di atas meja kecil di sebelah birai katilnya. Menyedari keadaannya kini, segera dia beristifar dan meraup wajah bersihnya.

“Pakcik, ooo pakcik Armansyah.. dah pukul 7 pagi dah ni oi.. tak bangun lagi ke ha?” suara lantang dari luar pintu bagaikan bergema di setiap ruang penjuru rumah memanggil Armansyah yang disangka masih berbalut dengan selimut.

“Arma…”

Yes my darling, cik Hasmah Ahmad. Saya dah terjaga dah ni..”

Belum sempat wanita itu menghabiskan kata-katanya, Armansyah terus membuka pintu dengan wajah penuh toya sambil buat-buat kesat air liur yang tak ada.

“Eishh.. suka usik mak long kan? Dah, cepat qada Subuh tu. Matahari dah nak terpacak kau syok syok buat sarang dalam bilik lagi yea..?” kata wanita berusia separuh abad itu kepada anak buahnya.



                                                                                     Akan bersambung.^^

Thursday, November 22, 2012

keperluan diri. heh?

2 yang berbunyikk
Salam kool readers. (ade ker. :P) . wahh. dah nazak jugak belog nih. diam sepi ala2 hidup segan, mati tak mau. Bukan ape, sepanjang 'penyepian' ini, macam2 berlaku dlm idup aku. sedih + gembira + kacau jiwa + terkezot + indescribable feelings. Yeah, ape lg aku x sebut? Dan sebab tu, aku malas nk ngupdatekn diri kt blog nih. Hurm, to be honest, tetibe mlm yang tenang ni aku terase nk tulis sesuatu. Kenape tah? 
(perlu ke gamba cani?)

Ok2, back to the point. PENULISAN. Ya penulisan. Ada apa dgn penulisan? Ceghitenyee, ade seorang sahabat aku yang budiman ni, Paija (only me call her paija,pdahal nama dah elok mak bg sdp2) tanya aku, nak x sertai satu event ni, bengkel penulisan tak silap. Aku at first, cam... urmm... ehhh...huh.. (agak berat disitu) sebab aku takut aku ni cam hangat2 ta*k ayam gituu.. Ha.. tp, bile udoh memikio byk kali.. tulis je pon, byk jgk tersirat dan tersurat di qalbu ni.. jadik, pe salohnye aku sertai, ye dok? :D 

Maka, aku rase aku akn mulakan sesuatu yang dah lama aku tinggalkan, iaitu menulis. hewhew aku rase aku nak cuba asah balik semua skills yang terpendam membara dijiwa ni, haa gituuu.. kalu kite perati kn, penulisan masa kini banyak berlatarbelakangkan dengan pelbagai genre. Sebagai seorang penulis(tak rasmi dan populerrrr gitu)aku still lg mencari identiti dan gaya penulisan aku yang unik dan seharusnye menepati kehendak2 alam dan perlu juga disemaikn dalam fikiran, ape niat aku utk menulis ni.(haa gituuu):P Bagi aku, bila kite keluarkan sesuatu karya, jangan ambil mudah dgn apa2 perkara yang kite dah 'publish' kn. Maksudnye kt sini, karya kite perlula dari jiwa, berkualiti dan menarik minat pembace (kalu nk org bacela, kalu nk private, ikotlaa, deme pnye hak). Barula karya kite tu ade 'UMPHH' org kate, tapiiii, jgnla menulis utk jd popular. Sbb nk publisiti je..maka, berkemungkinan 'cerita' kite xdpt nak dihayati oleh pembaca. 

Tapikn, kalu nak tulis sesaje je Ila? cane plakkss? I mean, xdela seserious penulis2 hebat kt luar sane? Hurm, macam aku kate, tulisla dr hati..biarla tak popular pon entri kite, tp biar kite yang tersenyum bile bace entri sendiri. (ngeh2 cam sadis je bunyik.):P

In a nutshell, aku cube la nak jadi yang elok utk diri sendiri,dan 'topup' balik keperluan diri ni. Sometimes, meluahkan itu juga perlu dlm hidup..supaye dapat share mana yang bermanfaat dan dapat membantu kite mnjadi insan yang lebih baik di masa hadapan dan yang pnting, x mental breakdown sorang2. HAHAHA 



ps/:terign plak nasi panas+ikan tumis tempoyak+telur dadar mlm2 buta ni.









 

cik Rumpai Laut Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template